Tindakan orang Penan Penan

  • Menghalang jalan-jalan balak di kawasan Baram dan Limbang di Sarawak. Malangnya tindakan mereka ini dituduh tidak menghormati undang-undang.
  • Membuat Deklarasi Long Sayan 2002 diadakan di Long Sayan, Apoh, Baram, Miri, Sarawak
  • Berkunjung ke Kuala Lumpur dan menyatakan tuntutan kepada Parlimen Malaysia.
  • Menghantar surat dan siaran berita ke media tempatan dan antara bangsa.
  • Bekerjasama dengan Bruno Manser yang begitu prihatin dengan permasalahan orang Penan. Bruno Manser dari Switzerland telah hidup secara bersembunyi di dalam hutan , bergaul rapat dengan orang Penan dan menghantar surat-surat ke seluruh dunia meminta Penan diberi perhatian.
  • Membina laman-laman web berkaitan cara hidup dan permasalahan orang Penan.
  • Mengambi tindakan undang-undang terhadap syarikat pembalakan dan kerajaan. Mereka disokong oleh peguam-peguam bertauliah secara percuma.